Tenaga Pengajar Kursus Pendek

Ts. Syafiyullah Yahya

Kursus Pendek Asas Pengkomputeran Awan dan Servis AWS

Biografi

Ts. Syafiyullah Yahya merupakan seorang profesional IT yang sangat mahir dengan latar belakang kukuh dalam rangkaian komputer dan keselamatan.
Sepanjang kerjayanya, Syafiyullah telah menunjukkan kecekapan dalam menguruskan pelayan Linux, mengkonfigurasi aplikasi web, dan melaksanakan penyelesaian awan di platform seperti Azure, AWS, dan GCP.

Kepakaran

  • Konfigurasi dan pengurusan pelayan (server configuration & administration)
  • Konfigurasi dan pengurusan rangkaian (network configuration & administration)
  • Komputasi awan (cloud computing)
  • Skrip dan automasi (scripting and automation)
  • Penyelenggaraan infrastruktur (infrastructure maintenance)
  • Keamanan IT (IT security)
  • Pemantauan infrastruktur (infrastructure monitoring)
  • Pemulihan bencana (disaster recovery)
  • Virtualisasi (virtualization)
  • Penulisan teknikal (technical writing)

Portfolio

  • Konfigurasi web server menggunakan Nginx, Apache, PHP, dan NodeJS.
  • Pengurusan database servers seperti MySQL, Maria DB, RHEL, CentOS, Alma Linux, dan Rocky Linux.
  • Integrasi Cloud Services seperti AWS Load Balancer, AWS SES, AWS RDS, AWS S3, Azure Active Directory, Azure Load Balancer, Azure SQL, dan Azure Storage.
  • Pengurusan lebih daripada 50 sambungan VPN IPsec site-to-site menggunakan Fortigate di AWS.
  • Konfigurasi dan pengurusan RDS & Fortigate Cluster untuk ketersediaan multi-zon di AWS.

Pensijilan Profesional

  • AWS Certified Cloud Practitioner
  • HRD Corp TTT Certified Trainer
  • MBOT Professional Technologist (Ts.) Information & Communication Technology
  • Microsoft Certified: Azure Solutions Architect Expert
  • Microsoft Certified: Azure Security Engineer Associate
  • Microsoft Certified: Azure Administrator Associate

Mohamad Zulfahmy

Kursus Pendek Asas Pengendalian Pelayan Web

Biografi

Mohamad Zulfahmymerupakan Chief Technology Officer di Gemas Lestari Sdn Bhd dan juga pakar keselamatan siber yang berpengalaman lebih 8 tahun. Beliau juga seorang Penyelidik Keselamatan yang mahir dalam teknologi web dan infrastruktur, serta berpengetahuan luas dalam ujian penetrasi, penyelesaian masalah, dan konfigurasi.

Mohamad Zulfahmy merupakan seorang pakar dalam bidang keselamatan siber, teknologi web, dan infrastruktur. Beliau memiliki kecekapan dalam ujian penetrasi, konfigurasi rangkaian, dan penyelidikan keselamatan. Selain itu, Zulfahmy juga mahir dalam networking dan pengurusan projek, menjadikannya individu yang berdaya saing dalam industri teknologi.

Portfolio

  • Ujian penetrasi dalam aplikasi web dan rangkaian dalam pelbagai Kementerian, agensi serta sektor swasta
  • Merupakan Ketua Keselamatan Siber Yayasan Digital Malaysia
  • Merupakan sukarelawan bagi rangka kerja DevOps bagi OSDEC MAMPU
  • Menyusun SOP keselamatan IT standard untuk perniagaan dan organisasi.
  • Pembangunan Automated Web Application Scanner (AWAS).
  • Penyelidikan keselamatan siber dan reka bentuk keselamatan aplikasi.
  • Pemimpin pasukan pembangunan perisian untuk memperbaiki kesilapan dan bug.
  • Penyelidikan dan pembangunan KnightVPN, perisian berasaskan keselamatan dalam talian.

Kepakaran

  • Networking
  • Programming
  • Cybersecurity (Specialize in Red Teaming)
  • Virtualization
  • Linux/Unix
  • Containerization
  • DevSecOps

Muhammad Arif Che Husin

Kursus Pendek Asas Pengendalian Pelayan Web

Biografi

Muhammad Arif Che Husin adalah seorang Pengurus Teknikal dengan lebih daripada lapan tahun pengalaman dalam penyelesaian dan operasi infrastruktur, merangkumi persekitaran on-premises dan awan. Beliau berpengalaman dalam memimpin projek, mengurus pasukan teknikal, serta perancangan sumber dan kapasiti. Beliau terkenal dengan kecekapan dan dedikasinya dalam bidang teknologi.

Sepanjang kerjayanya, Arif telah mengendalikan penyampaian dan migrasi infrastruktur IT, merangka rancangan kesinambungan perniagaan, dan memperkenalkan penyelesaian inovatif seperti Kubernetes dan Docker Swarm. Beliau juga bertanggungjawab dalam perancangan bajet dan penilaian infrastruktur, serta menjadi titik utama eskalasi untuk insiden. Arif memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dalam Kejuruteraan Perisian dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan aktif dalam komuniti Linux dan sumber terbuka.

Kepakaran

  • Pengurusan Infrastruktur IT (on-premises, cloud peribadi, hybrid, awan)
  • Kepimpinan Pasukan Teknikal (Server, Rangkaian, Sokongan Aplikasi, DevOps)
  • Rancangan Kesinambungan Perniagaan
  • Pengurusan Projek IT
  • Automasi dan CI/CD (Ansible, Rundeck)
  • Kontena dan Orkestrasi (Kubernetes, Docker Swarm)
  • Penyelesaian dan Rekabentuk Infrastruktur
  • Perancangan Bajet IT
  • Latihan dan Peningkatan Kemahiran Pasukan

Portfolio

  • Mengendalikan Projek J10, JPPH dan NGOS
  • Memimpin pemodenan aplikasi dan penghijrahan ke Google Cloud Platform.
  • Pelbagai Projek: DBKK, FAMA, LJT, MAIS, DBP, MKM, SPAN, MQA, LHDN
  • Mengkonfigurasi sistem backup dan virtualisasi, serta menyediakan perkhidmatan, penyelenggaraan, dan latihan pentadbiran.
  • Memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dalam Kejuruteraan Perisian dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
  • Aktif dalam komuniti Linux dan sumber terbuka, menyumbang melalui forum dan projek komuniti.
  • Berpengalaman dalam perancangan sumber dan pengurusan kapasiti untuk memastikan penggunaan sumber yang optimum.