Latar Belakang PARC

Latar belakang pertubuhan Putera Army Rileks Community sehingga kini

PARC ialah akronim untuk ‘Putera Army Rileks Community’ yang merupakan komuniti teknologi maklumat yang didirikan pada tahun 2012 yang mengumpulkan anak-anak muda dan pelajar daripada seluruh Malaysia dengan bakat tersembunyi di dalam bidang teknologi maklumat khusus dalam skop rangkaian dan sekuriti alam maya.

Komuniti ini didirikan pada 2012 yang mana pada asalnya hanya sebuah forum yang dipanggil RC.my atau Rileks Community. Pada 2019, komuniti PARC mengendalikan kelas secara tersendiri untuk masyarakat. Kelas ini diajar oleh 11 orang tenaga pengajar dengan berlatarbelakangkan dan berpendidikan sains komputer dan teknologi maklumat 

 

Kelas ini mendapat respon lebih daripada 2000 peserta yang berminat dengan pelbagai latar belakang yang ingin menyertai kelas ini. Daripada jumlah peserta yang berminat tersebut, 600 peserta dipilih untuk menyertai sesi kelas tersebut. PARC juga mengendalikan ujian untuk menguji kefahaman para peserta berdasarkan silibus kelas yang telah dipelajari. Sepanjang sesi kelas, tiada cas yang dikenakan kepada para peserta.

Misi

Memartabatkan golongan belia dan memantapkan golongan sedia ada dengan pengetahuan Teknologi Maklumat untuk mengisi jurang bakat dan kemahiran pekerjaan seiring dengan Revolusi Industri 4.0 berdasarkan perpaduan, pemikiran dan visi yang inovatif.

 

Untuk menghasilkan calon yang berkualiti tinggi dan cemerlang setaraf dengan permintaan industri seiring perubahan teknologi.

 

Visi

Objektif PARC

Carta Organisasi PARC

  • Mohd Nasri Nawi
    PENGETUA
    • Mohamad Zulfahmy Roslan
      NAIB PENGETUA
      • Muhammad Idlan Amran
        BENDAHARI
      • Arya Putra
        SETIAUSAHA
      • Muhammad Awis Qirani Zamani
        PEREKA GRAFIK