Tenaga Pengajar PARC

Dr. Mohd Fazli Azran

Kelas Intensif Networking - The Basic's for Beginner

Biografi

Dr. Mohd Fazli Azran merupakan salah seorang pakar keselamatan siber yang disegani dan terkenal dengan sumbangannya yang tidak ternilai dalam bidang keselamatan siber di Malaysia. Dengan tumpuan yang kukuh pada aplikasi web dan keselamatan infrastruktur, Dr. Mohd Fazli dikenali sebagai seorang figura terkemuka dalam industri IT dengan kempen beliau untuk meningkatkan kesedaran dan mempromosikan amalan terbaik dalam keselamatan siber. Beliau berpengalaman lebih 30 tahun dalam industri keselamatan siber dan infrastruktur IT dan juga merupakan mantan Chapter Leader untuk OWASP Malaysia melebihi 10 tahun.

Kepakaran

  • System Security
  • IT Infrastructure Design
  • Networking
  • Linux administration
  • Consultancies

Pensijilan Profesional

  • CEH
  • CISE
  • ECSA
  • LPI
  • LPI-T
  • DCTS

Penceramah bagi:

  • OWASP Global Conference
  • Asian Information Security
  • Summit
  • Malaysia Open Source Conference (MOSCMY)
  • OWASP Malaysia
  • Zebracon
  • Hack@10
  • CRAC
  • iCTFF

Harisfazillah Jamel @ LinuxMalaysia

Kelas Intensif Linux - The Basic's for Beginner

Biografi

Harisfazillah Jamel, nama yang tidak asing lagi dalam arena perisian sumber terbuka yang mempunyai kepakaran yang sangat mendalam mengenai pengurusan Unix, sistem Linux, pengkomputeran awan dan sistem dataraya. Dengan pengalaman melebihi 35 tahun, beliau dengan jayanya mengendalikan pelbagai projek merangkumi organisasi swasta mahupun kerajaan. Beliau merupakan salah seorang veteran dan pakar mengendalikan sistem yang digunapakai dalam perbankan juga kementerian dalam negara dan masih aktif hingga sekarang.

Kepakaran

  • Unix & Linux
  • HP-UX, IBM Mainframe
  • IBM AIX, Sun Solaris
  • Big-Data
  • DRP (Disaster Recovery Plan)
  • ITSD/ISDO
  • OSS
  • Cloud Computing
  • System Hardening

Portfolio

  • Seketeriat @ MOSCMY (Malaysia Open Source Conference)
  • Presiden di OSDC (Open Source Developer Club) 
  • Panel bagi OSCC (Open Source Competency Center)

Muhammad Aizat

Kelas Intensif Pentester - Web Hacking

Biografi

Muhammad Aizat merupakan nama yang semakin meningkat naik dalam bidang keselamatan siber. Minat beliau yang mendalam dan kemahirannya yang luar biasa, beliau berjaya menjumpai kelemahan dalam sistem aplikasi. Yang terbaru, beliau berjaya eksploitasi salah satu sistem sumber terbuka dan exploitnya memperoleh sebagai CVE (Common Vulnerability Exposure). Merupakan seorang lepasan pelajar jurusan Kejuteraan Sistem Komputer di Universiti Teknikal Malaysia Melaka, beliau juga mempunyai saluran di Youtube (@EagleTube) yang menunjukkan pelbagai jenis tutorial dalam keselamatan siber.

Kepakaran

  • Reverse Engineering
  • Web Application Penetration 
  • PHP Development
  • Binary Exploitation

Portfolio

Penulis/Penyelidik:

  • CVE-2023-35885 FallingSkies
  • CVE-2023-33747
  • CVE-2013-7102