Alhamdulillah, PARC bersama RC.MY telah selesai mengendalikan latihan dua hari untuk pensyarah Fakulti Komputeran & Meta-Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pada 18 dan 19 Disember 2024. Latihan ini memberi tumpuan kepada CI/CD menggunakan GitLab dan alat automasi untuk pengujian perisian.

Hari pertama: GitLab dan CI/CD
Sesi dimulakan dengan ulang kaji asas Git secara hands-on, iaitu clone repositori, mencipta branch, commit, push dan menyelesaikan konflik merge. Peserta kemudiannya dibawa membina saluran CI/CD lengkap untuk sebuah aplikasi Python:
- Struktur repositori dan fail
.gitlab-ci.yml. - Ujian automatik dengan pytest setiap kali kod dikemas kini.
- Membina imej Docker dan menyimpannya dalam container registry.
- Deployment ke kluster Kubernetes menggunakan fail deployment dan service.


Hari kedua: BrowserStack dan automasi pengujian
Hari kedua ditumpukan kepada BrowserStack, platform pengujian perisian merentas pelbagai pelayar dan peranti. Peserta mempelajari cara menjalankan ujian secara automatik tanpa perlu menyediakan setiap peranti secara fizikal, serta bagaimana ujian ini boleh disepadukan ke dalam saluran CI/CD yang dibina pada hari pertama.


Ilmu untuk pendidikan masa depan
Dalam masa dua hari, sedikit sebanyak ilmu dapat dikongsi untuk memperkukuh pendidikan pembangunan perisian di UPSI. Masih banyak lagi yang ingin dikongsi, terutamanya dalam bidang keselamatan siber, namun masa tidak mengizinkan. Terima kasih kepada semua pensyarah UPSI atas sokongan dan penerimaan yang sangat baik. InsyaAllah, jumpa lagi!
