Kursus IT & keselamatan siber dalam Bahasa Melayu

Exitus · Acta · Probat

← Kembali ke Blog

Latihan CTF untuk Pensyarah IKM dan KKTM: Persediaan ke Pertandingan WorldSkills

27 Jun 2025

Gambar kumpulan pensyarah IKM dan KKTM bersama jurulatih

Alhamdulillah, PARC bersama RC.MY telah selesai mengendalikan kursus dan latihan amali Capture The Flag (CTF) di IKM Sik, Kedah. Latihan ini disertai oleh para pensyarah dari IKM Sik, IKM Besut dan IKM Lumut, serta pensyarah KKTM Petaling Jaya dan KKTM Ledang, sebagai persediaan mereka dan pelajar mereka untuk menyertai pertandingan CTF WorldSkills.

Sesi pengenalan pertahanan siber di makmal IKM Sik.
Sesi pengenalan pertahanan siber di makmal IKM Sik.

Mendidik pendidik

Latihan seperti ini jarang diadakan oleh mana-mana universiti atau pusat pengajian lain. Kebiasaannya, latihan CTF tertumpu kepada pelajar. Kali ini, para pensyarah sendiri, termasuk mereka yang bergelar Ts dan Ir, turun padang untuk belajar bermain dan mendalami CTF. Semangat ini lahir daripada satu tujuan: mendidik anak bangsa dengan ilmu yang mereka kuasai sendiri.

Kandungan latihan

Sepanjang latihan, peserta didedahkan kepada:

  • Konsep asas pertahanan siber dan kepentingannya kepada organisasi.
  • Format dan strategi pertandingan CTF, termasuk cara membaca soalan dan membahagikan tugas dalam pasukan.
  • Latihan amali menyelesaikan cabaran di platform CTFd khas, IKM LAB, yang disediakan untuk latihan ini.
  • Cara membina dan mengendalikan sesi latihan CTF sendiri untuk pelajar di institusi masing-masing.
Pensyarah menyelesaikan cabaran CTF dengan bimbingan jurulatih.
Pensyarah menyelesaikan cabaran CTF dengan bimbingan jurulatih.

Penyampaian sijil

Latihan diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta. Platform CTFd yang digunakan sepanjang latihan kini boleh dijadikan asas latihan berterusan untuk pelajar IKM dan KKTM.

Penyampaian sijil penyertaan Latihan CTF IKM.
Penyampaian sijil penyertaan Latihan CTF IKM.
Setiap peserta menerima sijil selepas menamatkan latihan.
Setiap peserta menerima sijil selepas menamatkan latihan.
Pensyarah IKM dan KKTM bersama pasukan jurulatih.
Pensyarah IKM dan KKTM bersama pasukan jurulatih.

Terima kasih kepada semua pensyarah yang hadir dengan penuh komitmen. Semoga apa yang dipelajari dapat dipraktikkan dengan sempurna dan membuahkan kejayaan buat pelajar di pentas WorldSkills.

Ingin belajar lebih mendalam?

Teroka kursus IT dan keselamatan siber PARC.

Lihat kursus