Kursus IT & keselamatan siber dalam Bahasa Melayu

Exitus · Acta · Probat

← Kembali ke Blog

#AlamSebalikSiber di Kolej Vokasional Sepang: Sejauh Mana Anda Selamat?

25 Jun 2022

PARC Blog - 287179090 5399721256746806 3628427442444610552 n

SEPANG – Putera Academy Rileks Community (PARC), di bawah Tenang Komuniti Sdn. Bhd., telah mengadakan sesi perkongsian #AlamSebalikSiber: Sejauh Mana Anda Selamat? bersama warga Kolej Vokasional Sepang (KV Sepang). Seramai 40 pelajar dan 10 guru menyertai sesi ini, yang memberi pendedahan tentang ancaman siber terkini dalam kehidupan seharian masyarakat.

Wakil PARC bersama pengurusan dan pengajar Kolej Vokasional Sepang di Studio@KVS
Wakil PARC bersama pengurusan dan pengajar KV Sepang di Studio@KVS.

Memahami ancaman siber dalam kehidupan seharian

Encik Mohamad Zulfahmy, Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Tenang Komuniti Sdn. Bhd., menunjukkan dua kaedah penggodaman telefon pintar secara langsung, iaitu melalui pemasangan aplikasi tidak sah dari luar Play Store dan melalui panggilan palsu yang sering menyasarkan orang awam, khususnya golongan berusia yang kurang terdedah kepada teknologi maklumat.

Sesi ini turut menghuraikan satu senario pancingan data (phishing) sebenar, bermula daripada iklan palsu di media sosial sehingga mangsa dipujuk memasang aplikasi berniat jahat yang mencuri maklumat perbankan dan kod TAC.

PARC dan laluan kerjaya keselamatan siber

Ts. Hafizulrahman, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tenang Komuniti Sdn. Bhd., berkongsi fungsi dan tujuan penubuhan PARC. PARC menawarkan kelas asas teknologi maklumat seperti Linux, pengaturcaraan dan pangkalan data serta rangkaian komputer, dengan hala tuju ke arah pensijilan profesional seperti Red Hat, CompTIA dan Cisco. Para pelajar turut diperkenalkan kepada pelbagai laluan kerjaya dalam bidang keselamatan siber, antaranya Incident Responder, Security Analyst, Security Auditor, Forensic, Penetration Tester dan Security Engineer.

Perkongsian laluan kerjaya dalam keselamatan siber
Perkongsian laluan kerjaya dalam keselamatan siber.

Panel penasihat teknikal projek tahun akhir

Selain sesi perkongsian, PARC turut dilantik sebagai panel penasihat teknikal bagi pembentangan cadangan projek tahun akhir pelajar Diploma Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web. Kami kagum dengan semangat serta idea yang dibentangkan oleh para pelajar, yang menunjukkan potensi besar bakat IT tempatan.

Penghargaan

Tenang Komuniti Sdn. Bhd. merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan dan para pengajar KV Sepang atas jemputan serta kepercayaan yang diberikan. Program ini mendapat sambutan yang sangat baik dan kami berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Semoga KV Sepang terus melahirkan generasi IT yang berdaya saing dan berinovasi tanpa sempadan.

Ingin belajar lebih mendalam?

Teroka kursus IT dan keselamatan siber PARC.

Lihat kursus