Kursus IT & keselamatan siber dalam Bahasa Melayu

Exitus · Acta · Probat

← Kembali ke Blog

Majlis Iftar & Networking PARC 2022

22 April 2022

Gambar kumpulan peserta Majlis Iftar & Networking PARC 2022 di Arabian House Restaurant

Putera Academy Rileks Community (PARC), di bawah Tenang Komuniti Sdn. Bhd., telah menganjurkan Majlis Iftar & Networking PARC 2022 pada 22 April 2022, bersamaan 20 Ramadan 1443H, bertempat di Arabian House Restaurant. Majlis ini menghimpunkan para tetamu, rakan strategik, tenaga pengajar, pelajar serta sahabat komuniti bagi meraikan Ramadan dan mengeratkan jaringan dalam bidang teknologi maklumat.

Berbuka puasa dan mengeratkan jaringan

Majlis ini memberi ruang kepada warga komuniti PARC untuk bersemuka dan berinteraksi secara langsung. Sepanjang majlis, para hadirin berkongsi pandangan tentang kelas, perkembangan kerjaya serta trend semasa dalam industri teknologi maklumat.

Hidangan berbuka puasa di Arabian House Restaurant
Juadah berbuka puasa yang disediakan untuk para hadirin.
Tetamu dan rakan kerjasama PARC semasa majlis iftar
Para tetamu dan rakan strategik PARC sepanjang majlis.

Ucapan dan perkongsian

Majlis turut diisi dengan sesi ucapan yang mengimbas perjalanan PARC sebagai komuniti pembelajaran IT, di samping berkongsi hala tuju program dan kelas bagi sesi akan datang.

Ucapan semasa Majlis Iftar & Networking PARC 2022
Sesi ucapan dan perkongsian semasa majlis.

Penyampaian sijil penghargaan

Kemuncak majlis ialah penyampaian sijil penghargaan kepada tenaga pengajar serta pelajar terbaik PARC bagi sesi 2021, yang merangkumi kelas Linux, pengaturcaraan dan pangkalan data. Tahniah diucapkan kepada semua penerima atas komitmen dan pencapaian sepanjang sesi.

Penyampaian sijil penghargaan dan hadiah kepada OMGHACKERS
Penyampaian sijil penghargaan dan hadiah kepada OMGHACKERS.

Penghargaan

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua hadirin atas sokongan dalam menjayakan majlis ini, termasuk para tetamu, rakan strategik, tenaga pengajar, pelajar dan sahabat komuniti. Penghargaan khusus turut ditujukan kepada Sawada Technology & Supply selaku penaja bersama majlis.

Terima kasih daun keladi, insya-Allah kita bertemu lagi.

Ingin belajar lebih mendalam?

Teroka kursus IT dan keselamatan siber PARC.

Lihat kursus