Kursus IT & keselamatan siber dalam Bahasa Melayu

Exitus · Acta · Probat

← Kembali ke Blog

Latihan GitLab CI/CD dan BrowserStack untuk Pensyarah UPSI

19 Disember 2024

Penerangan aliran CI/CD GitLab ke Kubernetes

Alhamdulillah, PARC bersama RC.MY telah selesai mengendalikan latihan dua hari untuk pensyarah Fakulti Komputeran & Meta-Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pada 18 dan 19 Disember 2024. Latihan ini memberi tumpuan kepada CI/CD menggunakan GitLab dan alat automasi untuk pengujian perisian.

Hari pertama: GitLab Training, 18 Disember 2024.
Hari pertama: GitLab Training, 18 Disember 2024.

Hari pertama: GitLab dan CI/CD

Sesi dimulakan dengan ulang kaji asas Git secara hands-on, iaitu clone repositori, mencipta branch, commit, push dan menyelesaikan konflik merge. Peserta kemudiannya dibawa membina saluran CI/CD lengkap untuk sebuah aplikasi Python:

  • Struktur repositori dan fail .gitlab-ci.yml.
  • Ujian automatik dengan pytest setiap kali kod dikemas kini.
  • Membina imej Docker dan menyimpannya dalam container registry.
  • Deployment ke kluster Kubernetes menggunakan fail deployment dan service.
Latihan hands-on asas Git sebelum masuk ke CI/CD.
Latihan hands-on asas Git sebelum masuk ke CI/CD.
Penerangan aliran CI/CD dari repositori GitLab hingga ke Kubernetes.
Penerangan aliran CI/CD dari repositori GitLab hingga ke Kubernetes.

Hari kedua: BrowserStack dan automasi pengujian

Hari kedua ditumpukan kepada BrowserStack, platform pengujian perisian merentas pelbagai pelayar dan peranti. Peserta mempelajari cara menjalankan ujian secara automatik tanpa perlu menyediakan setiap peranti secara fizikal, serta bagaimana ujian ini boleh disepadukan ke dalam saluran CI/CD yang dibina pada hari pertama.

Hari kedua: BrowserStack Training, 19 Disember 2024.
Hari kedua: BrowserStack Training, 19 Disember 2024.
Pensyarah UPSI mengikuti latihan secara hands-on.
Pensyarah UPSI mengikuti latihan secara hands-on.

Ilmu untuk pendidikan masa depan

Dalam masa dua hari, sedikit sebanyak ilmu dapat dikongsi untuk memperkukuh pendidikan pembangunan perisian di UPSI. Masih banyak lagi yang ingin dikongsi, terutamanya dalam bidang keselamatan siber, namun masa tidak mengizinkan. Terima kasih kepada semua pensyarah UPSI atas sokongan dan penerimaan yang sangat baik. InsyaAllah, jumpa lagi!

Pensyarah Fakulti Komputeran & Meta-Teknologi UPSI bersama pasukan jurulatih.
Pensyarah Fakulti Komputeran & Meta-Teknologi UPSI bersama pasukan jurulatih.

Ingin belajar lebih mendalam?

Teroka kursus IT dan keselamatan siber PARC.

Lihat kursus