Kursus IT & keselamatan siber dalam Bahasa Melayu

Exitus · Acta · Probat

← Kembali ke Blog

Workshop Taming ICTFF8 di UiTM Jasin: Mengupas Soalan CTF Lepas

10 Januari 2026

Gambar kumpulan peserta workshop Taming ICTFF8

Alhamdulillah, tahun 2026 dibuka dengan satu workshop teknikal yang meriah. Pada 10 Januari 2026, Mohamad Zulfahmy dari PARC bersama rakan pembentang, Raihan, telah dijemput mengendalikan workshop Taming ICTFF8 anjuran Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.

Dewan dipenuhi pasukan peserta dari pelbagai institusi.
Dewan dipenuhi pasukan peserta dari pelbagai institusi.

Kupas soalan lepas, satu per satu

Fokus workshop kali ini ialah soalan-soalan CTF lepas. Setiap soalan dikupas satu per satu: cara memahami kehendak soalan, alat yang sesuai digunakan, dan pendekatan yang biasa berkesan untuk jenis soalan yang kerap muncul dalam pertandingan CTF. Peserta bukan sekadar diberi jawapan, tetapi dibimbing memahami cara berfikir di sebalik penyelesaian.

Raihan membentangkan pendekatan menyelesaikan soalan CTF.
Raihan membentangkan pendekatan menyelesaikan soalan CTF.
Bimbingan secara dekat kepada pasukan peserta.
Bimbingan secara dekat kepada pasukan peserta.

Semangat peserta yang luar biasa

Semua pasukan yang hadir sangat bertenaga, malah ada yang datang dari jauh semata-mata untuk menyertai workshop ini. Sesi soal jawab berjalan rancak, dan banyak soalan bernas diajukan sepanjang hari. Pesanan penutup kami ringkas: jangan lupa “bruteforce” ya lepas ni!

Sesi soal jawab bersama peserta.
Sesi soal jawab bersama peserta.

Penghargaan

Terima kasih kepada Sir Shahadan bin Saad dan Mohammad Faharash atas jemputan serta layanan mesra pihak UiTM. Selamat maju jaya kepada semua pasukan yang akan bertanding dalam pusingan kelayakan ICTFF keesokan harinya. All the best!

Gambar kenangan bersama peserta Taming ICTFF8.
Gambar kenangan bersama peserta Taming ICTFF8.

Penafian: Mohamad Zulfahmy dan Raihan hadir sebagai jemputan pihak UiTM untuk workshop sahaja, dan tidak terlibat dalam penyediaan soalan pusingan kelayakan mahupun pusingan akhir ICTFF.

Ingin belajar lebih mendalam?

Teroka kursus IT dan keselamatan siber PARC.

Lihat kursus