Polisi
Dasar Pemulangan dan Pembayaran Balik
Tarikh terakhir dikemas kini: 14 November 2026
Dasar pemulangan ini terpakai kepada semua yuran kursus PARC yang dibayar melalui halaman Daftar Kursus. Sila baca dasar pemulangan ini bersama Notis Privasi kami sebelum membuat pembayaran.
Pemulangan
Tenang Komuniti Sdn. Bhd., melalui Putera Academy Rileks Community (PARC), menyediakan latihan secara bersemuka dan dalam talian untuk memenuhi keperluan pembelajaran anda. Memandangkan latihan ialah perkhidmatan dan bukan barangan fizikal, pemulangan hanya akan dipertimbangkan atas budi bicara pihak pengurusan.
Pembayaran balik
Pembayaran balik tertakluk kepada perkara berikut:pembayaran balik hanya dipertimbangkan dalam situasi tertentu dan tertakluk kepada budi bicara pihak pengurusan;pembayaran balik mungkin melibatkan caj tambahan yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran kami, termasuk caj pemprosesan dan pengurusan; dansebarang caj tambahan akan dimaklumkan kepada anda semasa permohonan pembayaran balik dipertimbangkan.
Cara memohon
Permohonan pemulangan atau pembayaran balik hendaklah dibuat secara bertulis melalui e-mel ke [email protected] dengan menyertakan butiran berikut:nombor pesanan;nama penuh dan alamat e-mel yang digunakan semasa pendaftaran;nama kursus dan tarikh sesi; dansebab permohonan, beserta dokumen sokongan jika berkaitan.
Pihak kami akan menghubungi anda untuk memaklumkan keputusan permohonan tersebut.
Penafian tanggungjawab
Kami berusaha menyediakan latihan berkualiti tinggi yang memenuhi harapan anda. Walau bagaimanapun:kami tidak dapat menjamin keputusan atau prestasi individu tertentu selepas menamatkan latihan; dankami tidak bertanggungjawab atas kegagalan atau kelewatan pembayaran balik oleh pihak penyedia perkhidmatan pembayaran yang berada di luar kawalan kami.
Hubungi kami
Sebarang pertanyaan mengenai dasar pemulangan dan pembayaran balik boleh diajukan kepada kami:
• E-mel: [email protected]
• Telefon: +603 8684 1981