Tenaga Pengajar
Jurulatih PARC terdiri daripada profesional yang bekerja dalam bidang infrastruktur, pengkomputeran awan dan keselamatan siber.
JURULATIH SEMASA
Jurulatih kursus PARC
Ts. Syafiyullah Yahya
Kursus Pendek Asas Pengkomputeran Awan dan Servis AWSProfesional IT yang mahir dalam rangkaian komputer dan keselamatan. Berpengalaman mengurus pelayan Linux, mengkonfigurasi aplikasi web dan melaksanakan penyelesaian awan di Azure, AWS dan GCP.
Kepakaran
- Konfigurasi & pengurusan pelayan dan rangkaian
- Pengkomputeran awan
- Skrip & automasi
- Keselamatan & pemantauan infrastruktur
- Pemulihan bencana & virtualisasi
Pensijilan profesional
- AWS Certified Cloud Practitioner
- Microsoft Certified: Azure Solutions Architect Expert
- Microsoft Certified: Azure Security Engineer Associate
- Microsoft Certified: Azure Administrator Associate
- MBOT Professional Technologist (Ts.)
- HRD Corp TTT Certified Trainer
Mohamad Zulfahmy
Kursus Pendek Asas Pengendalian Pelayan WebPakar keselamatan siber dengan pengalaman lebih lapan tahun serta penyelidik keselamatan yang mahir dalam teknologi web dan infrastruktur, termasuk ujian penembusan, konfigurasi rangkaian dan pengurusan projek.
Kepakaran
- Keselamatan siber (red teaming)
- Rangkaian & pengaturcaraan
- Linux / Unix & virtualisasi
- Containerization & DevSecOps
Portfolio
- Ujian penembusan aplikasi web dan rangkaian untuk kementerian, agensi dan sektor swasta
- Pernah menjadi Ketua Keselamatan Siber, Yayasan Digital Malaysia
- Sukarelawan rangka kerja DevOps, OSDEC MAMPU
- Pembangunan Automated Web Application Scanner (AWAS)
Muhammad Arif Che Husin
Kursus Pendek Asas Pengendalian Pelayan WebPengurus Teknikal dengan lebih lapan tahun pengalaman dalam penyelesaian dan operasi infrastruktur, merangkumi persekitaran on-premises dan awan. Memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dari UTM dan aktif dalam komuniti Linux serta sumber terbuka.
Kepakaran
- Pengurusan infrastruktur IT (on-premises, hibrid, awan)
- Kepimpinan pasukan teknikal
- Automasi & CI/CD (Ansible, Rundeck)
- Kubernetes & Docker Swarm
- Perancangan kesinambungan perniagaan
Portfolio
- Mengendalikan projek J10, JPPH dan NGOS
- Memimpin pemodenan aplikasi dan migrasi ke Google Cloud Platform
- Projek bersama DBKK, FAMA, LJT, MAIS, DBP, MKM, SPAN, MQA dan LHDN
SEJAK 2019
Tenaga pengajar terdahulu
Terima kasih kepada tenaga pengajar yang pernah menyumbang masa dan ilmu dalam kelas komuniti PARC. Daripada komuniti, kepada komuniti.
Muhammad Tholhah
Pengajar Asas Linux
Muhammad Fathurrahman
Pengajar Asas Linux
Hafizulrahman Mazelin
Pengajar Asas Linux
Saiful Suffian
Pengajar Asas Linux
Syafiyullah Yahya
Pengajar Asas Linux
Rafieq Roslan
Pengajar Asas Pengaturcaraan
Mohammad Fakhruddin
Pengajar Asas Pengaturcaraan
Mohamed Zahir
Pengajar Asas Pengaturcaraan
Ingin menjadi jurulatih PARC?
Kami sentiasa mencari tenaga pengajar baharu yang ingin berkongsi kepakaran. Hubungi kami di [email protected].