KV Sepang – #AlamSebalikSiber : Sejauh Mana Anda Selamat?

SEPANG: Putera Army Rileks Community telah berjaya mengadakan satu sesi perkongsian bersama dengan pelajar dan guru Kolej Vokasional Sepang. Seramai 40 orang pelajar dan 10 orang guru telah menyertai perkongsian ini. Perkongsian ini mendedahkan tentang ancaman siber terbaru yang sedang berlaku pada masyarakat sekitar hari ini.  Disamping itu, Encik Ts. Hafizulrahman, CEO Tenang Komuniti Sdn Bhd juga telah berkongsi mengenai fungsi dan tujuan penubuhan PARC kepada warga Kolej Vokasional Sepang. Tuntasnya PARC menyediakan kelas asas atau pemula kepada sesiapa yang ingin belajar dalam ilmu teknologi maklumat seperti kelas asas perisian Linux, kelas asas pengaturcaraan dan pangkalan data dan kelas asas rangkaian. Kesemua kelas ini disertakan bersama dengan sijil professional seperti Red Hat Linux, CompTIA dan juga Cisco.

Warga Kolej Vokasional Sepang juga berpeluang melihat demo bagaimana seseorang itu boleh digodam melalui penggunaan telefon pintar. Encik Zulfahmy selaku CIO Tenang Komuniti Sdn Bhd telah menunjukkan dua kaedah dalam penggodaman telefon pintar. Antaranya ialah kaedah dengan memasang aplikasi yang tidak sah atau luar daripada Play Store dan juga kaedah panggilan palsu kepada orang awam, khususnya golongan yang berusia yang tidak mempunyai sebarang pengetahuan dalam teknologi maklumat.

Program perkongsian ini telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada warga Kolej Vokasional Sepang dan berharap supaya program ini dapat diadakan semula pada masa akan datang. Pihak pengurusan Tenang Komuniti Sdn Bhd juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana Kolej Vokasional Sepang telah menjemput untuk sesi perkongsian ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *